Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, October 20, 2009

Pelaburan aka Investment

Kali ni aku nak menceritakan pasal pelaburan la. aku ni berminat sgt dgn pelaburan but till now aku tak dpt cari apa peluang terbaik untuk aku melabur untuk menambahkan atau beranak-pinakkan duit aku. Tapi sememangnya byk idea yang boleh didapati dlm blog - blog atau website yang berkongsikan maklumat tentang bagaimana cara kita menjadi smart investor. Bak kata my bro in-law investor ni ada 2, satu hardworking investor dan satu lagi smart investor... yang harworking ni dia bagi contoh laaa mcm org yang buat MLM ni.. dan yang smart plak dia nya contoh mcm kita yang sentiasa berfikir, membuat penyelidikan tentang bagaimana untuk kita merancang strategi pelaburan kita. Aku suka baca blog - blog mcm ni di sini aku link kan url dia orang so kalau korang free leh la visit kat sana pasal byk ilmu - ilmu yang boleh di perolehi dari sana.. bacaannya senang jek tak payah pun kecuali korang ni buta huruf tu lain cerita heheeheh.
1. http://www.rumah.net/ = ni abg ipar aku nye blog
2. http://www2.pie2020.com = yang ni pie2020 aku rasa ramai kenal dia ni. dia ni pun kawan ngan abg ipar aku.. geng pasif income dia orang ni bro ... masyukkkk... geng big bike plak tu heheeh... tapi best dan seronok baca blog blog dia orang ni... ok berbalik pada cerita pasal pelaburan... korang mesti biasa dengan pelaburan ASB kan mesti setiap korang ada masuk dlm pelaburan tersebut hehehe.... itu pun adalah salah satu dari pelaburan.. tapi korang pernah dengar tak pasif income ??? kalau tahu tu tak pe la.. tapi kalau korang tak tahu tu.. korang just click jek la kat link yang aku bagi tu... dia orang tu master dlm pasif income.. dia orang byk menceritakan bagaimana nak buat pasif income... ia adalah satu pelaburan juga dan halal disisi agama mahupun undang-undang heheh.. jgn masuk skim cepat kaya sudah.. itu semua penipu.. tapi apa yang aku pelik laa kan.. melayu ni mudah sgt percaya dan masuk benda - benda mcm ni, aku pun tak paham kenapa... nak kaya cepat ke... bang oiii mana ada orang kaya dengan cepat sgt.... dia mesti susah dulu tau.. kalau budak budak yang lahir lahir dah kaya tu pun tanya laa mak bapak dia orang mcm mana mesti laa sebelum tu susah dulu... byk lagi pelaburang yang boleh kira kirakan sebagai pelaburan iaitu mcm main forex.. main saham...business... masuk share dan mcm-mcm lagi...tapi sejauh mana kan kita boleh bertahan dlm pelaburan yang kita buat tu... so apa yang aku boleh katakan disini iyalah... jikalau nak invest dlm apa apa jenis pelaburan.. kaji dan buat homework sikit pasal benda alah itu... kalau ok .. so korang boleh carry on tapi kalau tak boleh atau pun rasa mcm sangsi jek tak payah... sbg contoh.. aku bukan nak condem MLM.. tapi mlm ni bagus.. cuma yang boleh aku katakan sini ... org yg join mlm tu yang tak bagus... nape aku cakap tak bagus ialah mana tak....dah laa sebelum ni lama tak contect tapi bila mana ada jek produk nak jual baru laa nak contect member itu satu hal... satu hal lagi, dia orang ni tak kaji ke dlm keadaan ekonomi skrg ni yang tak menentu.. boleh ke korang nak jual produk kesihatan ke apa ke minyak wangi ke.... buat kena terajang jek ada laaa... kadang - kadang aku geram gak..tapi apa nak buat member kan... bukannya apa.. kalau jual ubat sampai beratus - ratus tapi mcm tu gak wat pe.. diaorang boleh laaa gaji belas belas ribu..yg aku ni seciput jek .. patutnya tanya laa dulu berminat ke tidak. kalau dia kata tak ..tak yah laa sibuk sibuk approach suruh org beli... kalau duit tu untuk dia beli susu anak dia tapi korang desak suruh beli ubat ko yang tak tentu ok ke idak mcm mana tak ke kesian anak tu hehehe . walaubagaimana pun aku puji gak cara dia orang ni yang tak mengenal erti penat lelah..heheheh ok lah itu aje aku nak citer pasal pelaburan.. nnt aku sambung lagi pasal ini lagi.. ok bye

No comments:

Post a Comment