Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, December 27, 2009

Duit & Kahwin

Ramai orang beranggapan bahawa perkahwinan satu perkara yang amat berat sekali dan perlukan perancangan yang teliti. Sebenarnya tidak.. mmg dia dianggap berat .. tapi tak lah berat sampai menjadi fobia terhadap pasangan untuk berkahwin. Ramai dikalangan kawan saya still lagi tak berkahwin even their age dah mencapai kepada 30 an...kenapa boleh jadi macam  ni.. saya pun suka bertanya kepada mereka.. antara jawapan yang paling hot dan kita boleh agak... ada lah seperti berikut

1. Umur masih muda/takpuas enjoy
2. Masih tak jumpe yang sesuai/nak membuat dosa laa ni
3. Duit masih tak cukup/duit bukan tak cukup tapi nak enjoy ketempat lain dulu
4. Tak mau comitment/statement orang yang tak ada tanggunjawab
5. Nak sara family dulu baru pikir kawin/macamlah lepas kawin korang ni dah tak perlu sara dia orang
6. Takut boring dgn pasangan/ni statement aku sendiri pun tak paham...
7. Dan mcm mcm lagi...

Di sini aku boleh katakan ayat2 di atas masih lagi digunakan oleh orang zaman skrg, ada tu gaji dah beribu-ribu tapi still menggunakan ayat mcm ni.. heheh pelik bukan...

Aku dah berkahwin.. tapi kat sini aku nak share kan la bagaimana aku boleh berkahwin. Walaupun dengan bergaji 1300 sebulan tapi aku boleh buat majlis aku tu berjalan seperti biasa. Cuma aku boleh katakan disini bahawa pemilihan pasangan tu mesti laa tepat terutama lelaki yang ingin memilih perempuan.. bukannya apa.. kadang - kadang ada perempuan ni bila citer jek bab perkahwinan mula laa start dgn benda yang membazir 2 amik gambar kat studio laa..itu laa ini laa dan mcm2 laa. Apa yang penting dlm soal melansungkan majlis korang ni.. plan awal-awal.. sbg contoh.. bila tarikh pertunangan...so start bila korang boleh menyimpan duit sebelum tiba hari perkahwinan... then majlis perkahwinan korang... so korang dah boleh budget bila time start menyimpan untuk beli barang - barang perkahwinan korang... jgn laa dah nak dekat2 baru terhegeh2 sibuk nak membeli.. rancangan dgn keluarga kedua - dua blah pihak...jgn malu bertanya kepada orang yang ada pengalaman dlm soal mcm ni... sekurang - kurang nya korang tak ada laa karam nnt... ramai member aku yang karam sebelum tiba hari perkahwinannya tau..maksud karam ni...perkahwinan tu ak jadi pasal cash flow dah kosong... mampuih woooo.... aku ni dulu bila nak bertunang.. aku ckp ngan bini aku yang aku akan bg duit kat dia untuk simpan untuk majlis pertunangan kita orang terutama duit minyak duit toll dan sebagainya.. pasal aku tahu kalau aku yang simpan kang tak tersimpan hehehehe... ok nnt kita sambung lagi.. part2 plak ok....

No comments:

Post a Comment