Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, September 13, 2009

Kereta.

Next year aku nyer hutang dah kurang satu iaitu kurang nya pembayaran duit kereta, so aku bercadang nak pakai lagi kete wira ni as 2nd car dan nak beli kete baru mungkin MPV atau pun SEDAN tapi any car yang aku pilih tu yang paling penting selesa , economical leh dan tak selalu wa perangai. Dan aku tak akan beli lagi kereta peroton. Aku bukan nak condem.. dan aku tak akan cerita lah masalah aku dgn kereta wira aku ni... cuma yang boleh aku ckp aku dah fed-up dgn kereta proton. biarlah orang ckp aku ni apa pun. tapi itu hak aku dan aku punyer duit. Yang penting duit yang aku laburkan tu untuk beli kenderaan yang diingin tak merugikan aku dah tak menyusahkan aku. Kalau ikut hati aku nak sambar toyota wish atau stream tapi fikir-fikir balik bukan tak mampu tapi enjin ber CC kan 2.0 ni minyak mestilah tinggi kan.. so dah lah sekarang keadaan pasaran minyak yang tidak menentu. buatnya sekali dia naik melonjak tinggi huhuhu tak ke haru. so pilihan aku yang mungkin paling sesuai untuk family aku ada lah toyota avanza. Enjin bersisir kan 1.5 bg aku sudah memadai. lagi pun kereta ini aku tak perlu pening - pening nak masuk sport rim lah , masuk bodykit lah standard mcm tu sudah memadai dan cantek dan yang paling penting bini aku pun menyukainya..dia ckp senang pegi ikea angkut barang heheheeh. Tapi kalau rezeki aku melimpah ruah atau pun plan aku next year membuat satu biz yang tak kisah apa biz pun menjadi mana tahu mungkin aku boleh sabar satu toyota astima ke heheheheh... tengok keadaan... dulu mcm mana kan.

Hari raya semakin hampir Tahun 2009

Assalamualaikum seme dan selamat pagi kepada bukan beragama islam. next week jek dah raya kan sekejap jek bulan puasa hampir melabuh kan tirainya. macammana sempat ke mendapat malam keberkatan lailatulqadar ? pagi tadi ketika melepak dengan anak saya dah di rumah akak saya di pandan mewah. akak saya yang no 2 pun cakap hari sabtu hari tu rasa nya mlm lailatulqadar coz tanda - tandanya hujan turun dengan lebatnya hmmm tak dpt di pastikan betul atau tidak.. yang penting kalau kita bangun pada malam itu andai di jadikan cerita terjadinya Lailtulqadar tu jatuh pada malam tersebut... alhamdulilah... mcm mana persiapan kita untuk hari raya ini? fitrah dah bayar ke ? baju anak - anak dah beli ke ? kelengkapan rumah dah tukar ke ? langsir baru , sofa set baru , tv lcd baru heheheh... tapi yang penting raya ini budak - budak laa yang paling gembira sekali kerana apa? , kerana dapat duit raya, baju raya dan bermacam-macam lagi. Ibu Bapa laa yang terfikir dan memikirkan mana nak cari budget ni, tu belum lagi budget lepas raya kan huhuhuh tak pe laa rezeki tu ada dimana-mana sahaja yang penting kita pandai mencari peluang untuk mendapatkanya. Saya penah terfikir sampai bilakah harus saya berkerja makan gaji, kerana apa kerana ditahun - tahun yang mendatang kita semakin dihampiri cabaran - cabaran yang tidak dijangka....saya sebenarnya ingin sangat mendapatkan status Financial freedom dalam hidup saya, tapi sampai sekarang saya cuba untuk memikirkan apakah perlaksanaan yang perlu dilakukan dah juga apakah rancangan kita untuk mendapatkannya. bukak bisnes boleh bukak bisnes tapi bisnes apakah yang kita nak bukak? barang apakah kita nak jual.. saya selalu jugak tengok dalam www.pie2020.com dan juga website abg ipar saya di www.rumah.net ... best betul dia orang ni... dia menjalankan business property, sewa - menyewa rumah ... beli rumah lelong dah jual balik pada harga tinggi dah mcm - mcm lagi.. dah malah dia orang ni dah semakin popular pulak org tanya jek pasal pasif income seme mesti ckp " ko browse jek pie2020 dia byk bagi motivasi dan guide. ok laa byk sgt celoteh aku ni.. nnt aku updates lagi ok chow

Saturday, September 12, 2009

Sampai bila harus ku begini..

Hmm.. ayat dan tajuk diatas mcm sedih jek bukan. tetapi bagi penulis. dia merasakan bahawa bila kan sampai masanya untuk dia mendapatkan satu status yang paling di idam-idamkan orang ramai orang iaitu "Financial freedom" best kan kalau dapat status macam ini. Duduk rumah uruskan perniagaan sendiri walaupun hanya menjual air tebu sahaja, hantar anak pegi sekolah, bawak mereka bercuti bersama isteri tercinta, hebat bukan, tapi ternyata untuk mendapatkan status yang sebegitu bukannya mudah. Ia memerlukan usaha yang kuat dah masa yang amat panjang untuk mendapatkan nya. Mungkin dah tua nnt kot baru merasa hehehe. Tapi tak pa lah sekurang - kurangnya keluarga kita senang bersama. Penulis akan update lagi ya di masa akan datang.

Tak Melayu Hilang Di Dunia

Ungkapan penuh makna bagi kita. Sejak zaman hang tuah di guna pakai ungkapan ini bagi menaikkan semangat kaum melayu. Bukan terung Me--layu seperti bunga. Tapi penahkah kita terfikir ungkapan ini boleh diguna pakai oleh kita lagi pada zaman sekarang? ... fikir - fikir kan lah bak kata Nabil raja lawak... lu fikir lah sendiri...