Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, October 27, 2009

Jambatan runtuh.. ish ish ish ish

Semalam ramai gak student jatuh dlm sungai selepas jambatan yang di orang lalui tu runtuh. sib baik hari ni hanya tinggal 2 org jek yang tak jumpe dan sorang mati lemas. kalau kesemuanya 22 orang mcm mana.. sapa laa yang nak jawab...aku tengok semalam ada laa mak bapak dia orang ditemubual pasal kejadian yang menimpa kat anak - anak dia orang .. ada yang sedih dan ada yang marah... ada yang menyatakan pihak sekolah tak maklumkan pasal anak mereka pergi ke 1malaysia unity camp... dan ada yang ada memaklumkan dan diberi surat lagi untuk tandatangan.. haaaa mcm mana ni.. mana satu yang betul ni... aduiii yaiiiii apa laaaa yang mak bapak ni nak kencing pun agak agak laa... aku ni haa yang dah bersekolah.. pun tau prosedur untuk menhantar anak anak murid pegi ke kem - kem motivasi tersebut.. mesti laa ada surat utk ibu bapa utk memaklum kan yang anak dia orang tu pergi ke situ...apa daaa nak kencing pun agak agak laa yang aku geram tu kap lam ye nge...huhuhuhuhuh apa daaaa dia orang ni... putar betul laaaa. tapi ini yang menjadi isu nya... mcm mana jambatan tu boleh runtuh.. terbongkah batu yang menjadi kestabilan jambatan tersebut...ish ish ish sapa laa engineer yang buat tu ekkk.... mesti tak pass exam tu... tapi beli degree kat oversea.. tapi satu haprak pun tak  tahu....apa daaa dia orang ni..sian budak budak tu terpaksa mandi dlm sungai tgh malam plak tu tak ke sejuk huhuhhuhu..adui yaiiii kalau aku laa kan tak tahu laaa anak aku esok mcm mana laa agaknya kan. la ni bila dah kena mcm tu haa baru tahu padan muka pada pihak berwajib,... kalau mati semua budak tu jawab laa korang padan muka korang kena saman huhuhuhuh tak mau mention sesiapa hahahahaha kalau tak jawab aku lak kena huhuh dan aku plak yang padan muka sama..apa apa hal dunia ni dah tak selamat .. bukannya apa dunia dah akhir zaman mcm mcm boleh jadi, yang perlu kita buat ialah amik iktibar dan perbyakkan ibadat kita... mana tau satu hari nnt malaysia akan di landa gempa bumi tak ke cuak yg keje kat KLCC tu aku pun cuak gak keje kat sini ahahahahaha ok laa.. gtg .. jumpe lagi byeee

Monday, October 26, 2009

cukup ke duit selepas ada anak ni ???/

hahahaha hari tu genap umur syakil dah ke 9 bulan.. pejam celik dah besar dah dia... huhuhuh aku ni plak semakin pening dgn memikir kan bagai mana kita nak menguruskan keluarga kita sendiri, ialah dulu bapak kita yang tanggung kita la ni dah ada anak kena laa berkongsi masalah plak dgn wife kita .. aduii yaiiii baru tau dan rasa bila dah ada anak ni paling utama yang kita nak pada anak kita iyala pendidikan tu biar sempurna..pakaian dia makanan dia dan mcm mcm yang memberikan keselesaan pada dia... bukannya apa kita tahu dulu kita hidup susah...tapi jgn nak pulak anak kita mcm tu ... maksud nya persediaan awal tu penting terutama dari segi kewangan..so mcm mana kita nak menyediakkannya... haaa itu yang susah tu.. dgn bergaji kecik dan cukup2 makan mampu ke kita untuk tanggung kesemuanya.. kalau duduk di KL nak tak nak laki bini mesti laa kena bekerja.... kalau gaji sorang 4 riban boleh laaa tapi kalau dua - dua bergaji sama lagi ok.. tapi kalau dua dua gaji kecik mcm mana??? so pengurusan kewangan tu mesti laaa penting kalau tidak susah kita dibuatnya... bagaimana kita nak menguruskan kewangan kita di kala ekonomi negara yang tidak menentu sekarang ni ???? sebenarnya kita mampu berjimat walaupun keadaan tidak beberapa baik seperti sekarang ni..... utamakan yang paling penting dalam kehidupan seharian kita.... makanan pakaian dan tempat tinggal... manakala kehendak pula kita list kan apa yang perlu dibeli dan tidak perlu dibeli senang sikit kita nak budget, betul tak hehehehehe... mcm pakar ekonomi plak.. so lagi satu... untuk yang ada anak... bagaimana budget untuk dia orang ketika masih bayi dan masuk ke pra sekolah.... so mula kan menyimpan untuk anak -anak didikan dan terapkan kepada mereka supaya suka berjimat dan pandai menyimpan bukan sekadar itu sahaja kita kena juga mendidik mereka dalam soal pengurusan kewangan.. dari kecik ajar kan mereka cara membeli barang keperluan harian juga ajar mereka bagai mana nak berurusniaga dgn wang dan juga ajarkan merea bagaimana pengiraan budget untuk harian selepas mendapat duit belanja harian atau pun bulanan.. dari situ la kita dah tanamkan sifat - sifat kepada mereka agar berurusniaga dgn betul seterusnya  boleh mendidik secara tidak langsung....so apa lagi aku nak ckp ni.. erkk erkk erkk nanti kita cont balik ek daaa... idea x ada :P

Sunday, October 25, 2009

Cuepacs still to push goverment for two month bonus

waaahhh selamat pagi dan assalamualaikum semua..
pagi-pagi jek aku dah speking london hehehe.. bukannya apa baru sebentar tadi aku ternampak satu cerita pasal cuepacs nak push kerajaan pasal bonus..aduiiiii yaiiii dia orang ni tak paham - paham ke kan ke kerajaan tu dah byk kuar duit ... sendiri mau ingat laaa ini tak abis - abis nak bonus - bonus.. aku ni kerja berpuluh tahun dgn gaji yang kecik tak pernah rasa bonus pun ini dia orang ni delivery system bukannya bagus sgt pun tapi demand tinggi - tinggi.. aku bukannya nak mengutuk org kerajaan ek pasal aku geram aku tak dpt masuk kerajaan.. tapi ini ada lah hakikat sebenar dan hakiki... orang yg kerja kerajaan boleh di anggap orang yang paling senang hidup dia huuhuhu. aku ckp ni bukannya apa pak mertua aku keje kerajaan bapak aku kerja kerajaan tapi dia orang pun sendiri ckp alah orang kerajaan gaji dah besar kerja senang leh mengular pun nak bonus gak ke... haaa cukup laa itu hari dah bagi bonus ini nak lagi... paham- paham laa ekonomi mcm mana... kalau mcm dulu boleh la cerita kan. ish ish ish betul tu pak :P... orang orang yang kerja kerajaan di luar sana.. aku menulis ni bukannya nak dengki atas apa korang dpt.. tapi cuba laa kalau korang ni kerja dia sektor swasta.. confirm laa lagi teruk korang kena.... aku ni haa ramai member kerja kerajaan dari la pangkat rendah ke pangkat tinggi. aduii yaiii senang jek aku tgk dia orang kerja... sampai kat satu tahap tu bila duit dah terlebih.. time rehat boleh pegi massage tu huyooooooo byk duit siotttt... tapi ini adal ah realiti ek aku tak mereka cerita.. munking member aku terbaca.. tapi awal awal aku mintak maaf.. aku cuma nak menyampaikan maklum atau sekadar nak meluahkan apa yang ada kat minda aku di pagi ini... iyala pagi isnin.. monday bluesss heheheheh boss aku plak tak ada pagi ni.. tapi aku tak leh laa sesuka hati nak mengular huhuhuhuh... tapi apa yang hakikat sebenarnya ialah.. orang kerajaan diluar sana.... apa yang diberi tu terima jek laaa... kerajaan sekarang tgh tenat dia orang sibuk nak stabil kan semula dan korang plak sibuk nak bonus bonus.. kalau ada menunjukkan improvemnet tak apa ... ini tidak.... so berubah laaa jangan la di set minda tu hujung tahun jek mesti ada bonus... pandai pandai laa berjimat dan jangan laa asyik nak boros dlm perbelanjaan yang penting ingat anak - anak yang masih bersekolah ye.. ok kita sambung nnt byeeee

Saturday, October 24, 2009

Kerja kerajaan

selamat pagi dan assalamualaikum :p
Indah betul di pagi ahad ni kan.... cuti plak tu huhuhuu.... hari ni tajuk aku nak citer kan pasal kerja kerajaan.. nape plak dgn kerja kerajaan...hihhhiiih ramai yang betul berminat dgn kerja kerajaan tau... termasuk laa aku dan bini aku.. pasal mak mertua aku bapak mertua aku bapak aku sendiri kerja kerajaan.. tapi aku pelik laa nape org semua terkejar-kejar dgn kerja kerajaan?? mungkin atas benefit yang diberikan atau pun gaji yang besar atau pun kedua - duanya sekali atau pun entah... susah nak difikirkan... pasal apa bila jek jumpe org atau member2 tanya dia orang korang nak kerja mana lepas abis grad... dia jawab hmmm aku target nak kerja kerajaan laa senang sikit... aik.. mcm tu plak..ada plak senang sikit.. bukan ke kerja semenya susah mana ada kerja yang senang...hihhihih sebenarnya kebanyakkan orang yang aku kerja semua ckp bila kerja di dalam kerajaan mesti idup kita senang and then paling penting dpt gaji on time ada bonus dan elaun tu elaun ini dan mcm - mcm lagi... dan paling penting time nak bersara adalah dpt himbuhan dan pencen..wahhhh best kan dari kerja swasta...tapi cuba kita lihat dari persepektif lain.... orang yang kerja swasta plak mengatakan kerja kerajaan tak best lah senang sgt...huhuhu mcm tu plak...tapi reallitinya mmg itu laa selalu kita perkatakan bukan semua jawatan di kerajaan senang ada yang susah dan sakit sakit kepala jugak... tapi kalau kita lihat dia orang yang kerja kerajaan ni mesti senang lenang pasal apa gaji 25hb dah masuk peh tu masuk ontime lak tu....leh laa bayar hutang piutang dgn cepat tanpa kena interest yang tinggi...cuma jawatan seperti PTD atau pun ATC atau pun jawatan yang memerlukan kepakaran yang tinggi jek wat korang sakit kepala bila kerja atau pun menyandang jawatan tersebut... apa apa pun korang bileh pikir sendiri haluan mana atau pun jawatan yang korang minat..tapi apa yang aku boleh ckp disini... kerja di sektor kerajaan tak mcm dulu... dulu ekonomi masih lagi ok dah tidak mcm sekarang... sedia maklum dunia diakhir zaman ni mcm - mcm lah terjadi peperangan taufan laa gempa bumi laa itu semua boleh memberi kesan terhadap ekonomi negara.... dan hari ini aku terbaca dlm utusan online.. tajuk dia pun dah sedap..kerajaan tidak memberi bonus kepada kakitangan nya hhheeheheh best kan dgr... dari situ aku dah boleh katakan kerajaan sekarang masih stabil tapi tidak mcm dulu-dulu... dan ini menjadikan minat aku terhadap jawatan kerajaan hmmm mcm takut takut jek nak masuk.... tak pe laa kerja kat company aku ni pun mcm hampeh gak... next year bonus base on KPI....tapi siankan... yang sapa gaji besar ok laa tapi kalau gaji yang kecik tu sedia maklum laaa ekkk ok laa nnt kita citer lagi laa aku nak layan anak aku kejap byeeee

Tuesday, October 20, 2009

Pelaburan aka Investment

Kali ni aku nak menceritakan pasal pelaburan la. aku ni berminat sgt dgn pelaburan but till now aku tak dpt cari apa peluang terbaik untuk aku melabur untuk menambahkan atau beranak-pinakkan duit aku. Tapi sememangnya byk idea yang boleh didapati dlm blog - blog atau website yang berkongsikan maklumat tentang bagaimana cara kita menjadi smart investor. Bak kata my bro in-law investor ni ada 2, satu hardworking investor dan satu lagi smart investor... yang harworking ni dia bagi contoh laaa mcm org yang buat MLM ni.. dan yang smart plak dia nya contoh mcm kita yang sentiasa berfikir, membuat penyelidikan tentang bagaimana untuk kita merancang strategi pelaburan kita. Aku suka baca blog - blog mcm ni di sini aku link kan url dia orang so kalau korang free leh la visit kat sana pasal byk ilmu - ilmu yang boleh di perolehi dari sana.. bacaannya senang jek tak payah pun kecuali korang ni buta huruf tu lain cerita heheeheh.
1. http://www.rumah.net/ = ni abg ipar aku nye blog
2. http://www2.pie2020.com = yang ni pie2020 aku rasa ramai kenal dia ni. dia ni pun kawan ngan abg ipar aku.. geng pasif income dia orang ni bro ... masyukkkk... geng big bike plak tu heheeh... tapi best dan seronok baca blog blog dia orang ni... ok berbalik pada cerita pasal pelaburan... korang mesti biasa dengan pelaburan ASB kan mesti setiap korang ada masuk dlm pelaburan tersebut hehehe.... itu pun adalah salah satu dari pelaburan.. tapi korang pernah dengar tak pasif income ??? kalau tahu tu tak pe la.. tapi kalau korang tak tahu tu.. korang just click jek la kat link yang aku bagi tu... dia orang tu master dlm pasif income.. dia orang byk menceritakan bagaimana nak buat pasif income... ia adalah satu pelaburan juga dan halal disisi agama mahupun undang-undang heheh.. jgn masuk skim cepat kaya sudah.. itu semua penipu.. tapi apa yang aku pelik laa kan.. melayu ni mudah sgt percaya dan masuk benda - benda mcm ni, aku pun tak paham kenapa... nak kaya cepat ke... bang oiii mana ada orang kaya dengan cepat sgt.... dia mesti susah dulu tau.. kalau budak budak yang lahir lahir dah kaya tu pun tanya laa mak bapak dia orang mcm mana mesti laa sebelum tu susah dulu... byk lagi pelaburang yang boleh kira kirakan sebagai pelaburan iaitu mcm main forex.. main saham...business... masuk share dan mcm-mcm lagi...tapi sejauh mana kan kita boleh bertahan dlm pelaburan yang kita buat tu... so apa yang aku boleh katakan disini iyalah... jikalau nak invest dlm apa apa jenis pelaburan.. kaji dan buat homework sikit pasal benda alah itu... kalau ok .. so korang boleh carry on tapi kalau tak boleh atau pun rasa mcm sangsi jek tak payah... sbg contoh.. aku bukan nak condem MLM.. tapi mlm ni bagus.. cuma yang boleh aku katakan sini ... org yg join mlm tu yang tak bagus... nape aku cakap tak bagus ialah mana tak....dah laa sebelum ni lama tak contect tapi bila mana ada jek produk nak jual baru laa nak contect member itu satu hal... satu hal lagi, dia orang ni tak kaji ke dlm keadaan ekonomi skrg ni yang tak menentu.. boleh ke korang nak jual produk kesihatan ke apa ke minyak wangi ke.... buat kena terajang jek ada laaa... kadang - kadang aku geram gak..tapi apa nak buat member kan... bukannya apa.. kalau jual ubat sampai beratus - ratus tapi mcm tu gak wat pe.. diaorang boleh laaa gaji belas belas ribu..yg aku ni seciput jek .. patutnya tanya laa dulu berminat ke tidak. kalau dia kata tak ..tak yah laa sibuk sibuk approach suruh org beli... kalau duit tu untuk dia beli susu anak dia tapi korang desak suruh beli ubat ko yang tak tentu ok ke idak mcm mana tak ke kesian anak tu hehehe . walaubagaimana pun aku puji gak cara dia orang ni yang tak mengenal erti penat lelah..heheheh ok lah itu aje aku nak citer pasal pelaburan.. nnt aku sambung lagi pasal ini lagi.. ok bye

Monday, October 19, 2009

Poyo...

Assalamualaikum W.B.T.

selamat pagi semua... diharap sihat - sihat belaka.... kebelakangan ini... aku byk tgk blog - blog orang yang secara sengaja atau tidak sengaja aku terbukanya hehehe... tak pe laa as long as tak menjadi kesalahan tak mengapa... aik apesal tajuk aku tu poyo.... heheheh sebenarnya apa yang aku nak cite ni ialah bila mana blog yang aku bukak tu dan bila aku baca tu teramat - amat poyonya... sampai penah satu ketika meremang bulu roma aku brooo ketika membaca blog - blog yang poyo nih.... ish..ish..ish. Blog kita guna kan untuk sharing anythings info yang kita tahu. Tapi kadang - kadang boleh jadi sebahagian dari diari hidup kita untuk kita menulis pasal apa yang kita buat.. mcm dulu2 kita pakai buku kan.. la ni pakai blog .. canggih sikit.. tapi yang menjadi masalahnya nak cerita tu tak ada masalah, cuma jgn laa terlalu poyo.. pasal apa.. pasal blog open kat public so.. bila orang terbaca sampai termuntah-muntah mcm mana hehehe... ni pengalaman aku laa pasal aku terbaca sorang blogger ni... duk citer pasal dia... tapi ayat dia tu yg tak tahan teramat poyo sampaikan bini aku baca pun dia ckp tak tahan dan tak leh terus kan membaca takut nnt muntah hijau mabuk blog hehehe mcm mabuk laut plak... tapi aku tak nak mention laa dlm ni sapa dia.. bg melindungi dan tak mau menyakiti hati sesiapa laaa.. tak baik bro. tapi mcm tu laaa kita ni wat blog bukan setakat nak bercerita berceriti.. tapi biar la blog kita tu berguna untuk org yang membacanya dan dia juga mendapat manfaat dari blog yang kita hasilkan.. sekurang - kurangnya dia akan tag kan blog kita tu atau save as favorites bcoz of content dlm tu yang boleh dijadikan bahan pengajaran atau ilmu atau untuk tujuan penyelidikan.. baru laa kita boleh jadi bangsa melayu yang berguna dan dpt berdiri teguh dan menjadi masyarakat melayu yang berilmu heheh mcm PM plak la aku ckp.. tapi betul... tak guna duk citer poyo-poyo dlm tu kadang -kadang buat malu diri sendiri jek.... ish ish ish.. pernah la sekali aku buat ayat poyo dlm facebook perghhh dia punye comment yang dapat dari situ hahahahaha mmg terkena aku time tu hehehe tak pe just nak buat testing... so apa yang aku nak ckp di akhir - akhir ayat aku ni.. buat laa blog yang mampu untuk menyalurkan pendapat-pendapat yang bernas , yg ada isi dan memberi ilmu kepada generasi2 muda yang akan datang... supaya...bila mana org tahu blog kita web site kita ni bagus... ada content yang berguna.. mana tahu satu hari nnt korang akan menjadi terkenal... kalau korang wat ayat poyo sekali tu jek laaa orang masuk blog korang... peh tu kena calitan taik plak tu tak ke malu hehehehe.. so wat blog buat betul - betul ... ceritakan diri kita ceritakan betul - betul.. jgn terlalu meninggi diri sgt.. kita bersederhana sudah...tu yang kat Atas tu lagi power dari kita.... ingat la dia .. ok la sekian sahaja untuk hari ini... di sudahi dgn wabilahhitaufikwalhidayah Assalamualaikum W.B.T.

Tuesday, October 13, 2009

Spectacle baru aku

Hihihihih... baru - baru ni aku ada buat spectacle baru untuk mata aku hmmm.. harganya boleh tahan gak laaa tapi apakan daya yang spectacle yang lama bukannya tak best muka aku ni dah kembang tu yang jadi spec tu mengecut hehehe.. meh aku nak cita kan sikit pasal ciri - ciri yang ada pada spec baru aku ni eheheheheheh berlagak laa plakkk.... frames dia aku pakai NIKON 89202-H8 yang bestnya frames ni ringan giler..... maklumlaaa titanium frames dia... so frames ni mahal gak laaa coz harga dia jek nak dekat Rm 438 tapi aku mintak la kurang sikit dia ckp just boleh bagi Rm 338 jek maksudnya kurang Rm 100 hmmm ok la tu kot..... frames ni ada la chop dia import dari Japan tapi tak tahu laaa betul ke idak.. kadang kadang dia orang ni kencing jek heheheh.... lenses dia plak aku pakai transition 6 yang mana dia import dari US.. tapi aku bukannya menyokong buatan sana tapi cuma aku nakkan keselesaan coz bukannya apa actually lenses aku ada multcoated maksudnya dia boleh gelap bila mana UV masuk dengan terlalu banyak...best best.. so aku tak yah nak buang duit untuk beli sunglasses yahuuuuuuuu jimat duit aku...ni ada sedikit pic yang aku upload kan


Perhimpunan UMNO 2009

"UMNO terus maju untuk rakyat malaysia" hehehe lagu tu aku selalu duk nyanyi bila kuar kat TV.. biasanya bila adanya persidangan UMNO baru kuar lagu tu kat TV. Tak sangka gak.. 2 kali dah aku mengikuti persidangan UMNO ni for 1st time masa bulan mac 2009 yang lepas, ketika itu best gak pasal masa tu la pemilihan pucuk pimpinan yang baru. Perghhh masa tu la kalau korang nak tahu penuh giler tempat media para media - media ni lepak menunggu hot story untuk dipaparkan dalam berita dia orang. Yang paling best tgk gelagat diaorang.. mcm aku ni melepak jek laa tgk orang lalu lalang dan jugak makan... best beb makan kat sana.. KFC dan mcm - mcm lagi lah. silap - silap leh muntah laa korang tgk makanan kat situ.. hehehe. dan pada bulan ini juga di adakan perhimpunan UMNO terbesar tapi ianya merangkumi semua iaitu pemuda dan wanita dan juga semua sekali dan juga di adakan rumah terbuka wanita umno dan kalau tak silap PM kita juga ada join sekali coz aku nampak dia orang semalam kat open house wanita UMNO. Lauk pauknya best tuuu.. tapi aku just makan jek coz geng - geng aku dari photo section ajak join sekali.. dengan memakai tag orang lain aku pun menebalkan muka memasuki perkarangan rumah terbuka wanita UMNO tersebut... tapi perghhh mmg best beb... pasal leh tgk awek..leh tgk makcik...leh tgk balak...leh tgk mcm - mcm lagi lah... bini aku tak marahlah pasal aku tgk awek pasal bini aku lah orang paling aku sayang...dia tu oversporting.. jgn risau yang, abg nak cari lain tara mungkin... tapi kalau ayang benarkan tak pe lah heheheeheh :P ( lawak jek tu)... pe pe hal 2 hari yang lepas mmg penat coz aku kena setup PC untuk bebudak reporter company aku untuk dia orang buat keje... dia org ni pun satu dol.. ada laptop tak nak pakai... duk nak pakai PC gak... dah la berat nak mampus....ish .. ish ... ish geram jek aku tengok.. dah la masa 1st day pasang PC mcm-mcm ada masalah.. susunan meja tak best la...pc slow plak laaa....line internet tak pasang lagi laaa...parking tak leh masuklaaaa.. mcm - mcm lah.. yang paling aku bengkek masa aku call org pwtc suruh pasang line internet... dia ckp ok nak hantar orang check. last last sampai malam baru dia orang pasang.. aku masa tu dah balik dah... siot tolll...dah laa masa tu aku tertinggal hub ngan keyboard...bengkek jek hati kena bahan ngan kengkawan.. tapi wa cool broo... no hal lah hehehehe....ok itu saje nnt aku sambung balik untuk citer merapu yang lain hehehehehe