Lilypie Second Birthday tickers

Friday, November 27, 2009

Hari raya korban. 2009

Tahun ni aku ada buat aqiqah untuk anak aku muhammad syakil. just amik bahagian daging lembu kat surau area umah pak mertua aku.

Sunday, November 22, 2009

Teknik OVer draft.

Sekarang ni aku tgh belajar mcm mana guna overdraft sebagai mengurangkan beban hutang.
Byk bank menyediakan overdraft facility ni tapi tak sure yang mana mempunyai interest rate paling rendah.
Skrng ni aku cuba browse byk website yang cerita pasal ovedraft ni mana tau bleh amik pakai idea-idea dia orang ni.

Saturday, November 21, 2009

My Son on the Blog


Saje buat bosan tak ada keje nak buat heheheeh..

Membuat Header Blog Anda



Nampak tak header yang aku paste tu. Saiz dia 700 width 165 Height. Aku buat ni pun senang aku nak refer kalau aku nak buat header baru. soo ini bukan bahan bacaan yek... ni adalah note bodoh aku yang paste kat dlm ni takut kalau paste kat tempat lain kang hilang hehehehe

Kerja makan gaji ke atau kerja sendiri

Aku nak tanya korang laaa.. korang suka makan gaji atau suka kerja sendiri....??? bagi aku laa dulu aku suka makan gaji laa pasal cukup bulan boleh dpt duit..tak perlu susah - susah kan.. tapi rupa2nya lama-kelamaan aku dah merasakan berkerja makan gaji ni mcm tak ada apa-apa jek lagi pulak dah berkahwin dan ada anak ni perghhh more expenses broooo... so nak taknya terpaksa laa meredahinya... aku pernah dan selalu melihat orang berniaga..tapi tak tahu laa mcm mana nak memulakan perniagaan tersebut... mmg laa mula -mula susah kan... ada sorang mamat ni laaa dia dgn isteri dia buat lauk dan jual kat area opis aku jek.. aku tgk satu hari tu dia datang bawak BMW lagi beb.. bukan yang lama tau yang baru gak laa kira tak malu laa bawak sisa lauk balik umah dgn kete mewah tu...hmm lalu aku terpikir laa kan.... senang jek dia cari idea untuk berniaga...cuma pandai masak..peh tu deal ngan mamak kat kedai tu...mamak tu tak buat nasi campur..kalau buat pun tak laku pasal tak sedap dan mahal... so dia letak lauk dia bayar tapak dan juga mamak tu amik komisen untuk setiap pelanggan yang membayar nasi campur tersebut ... kita markup laa..tgk senang jek kan buat duit... tapi bab - bab menyediakan lauk ni bukannya senang beb..nak kena citarasa orang yg makan tu jugak... tapi kalau mcm kat tempat aku ni..dia orang dah tak kisah dah ..pasal apa tau pasal kat kita orang ni paling susah laa nak cari kedai makan...semuanya dikelilingi mamak...tgk dia org jugak yang monopoli....sempoi siotttt... kadang2 terpikir nak buat mcm tu... tapi tak tahu nak mula mcm mana....hmmm nnt la kita cuba pikirkan sama2 yer ...dadidu

Wednesday, November 11, 2009

Vw dah amik alih populariti toyota

hehehe.. ni kalau chik baca ni mesti hangin member... dia ni laa satu2 nya kawan aku yang fanatik terhadap toyota... dah pada toyota lama dia transform to nice car and powerful car with supercharge engine..tapi tu laa selama mana dia boleh bertahan..ada sorang kawan aku ckp.. camry yang baru ni tak ada laaa best sgt pun ada gak bunyi kiok..kiok dlm kete... tu laa aku pun tak paham sgt laa nape org terlalu fanatik terhadap sesuatu jenama. mungkin disebabkan oleh faktor keyakinan pembeli terhadap jenama yang tahan lama kot.. tapi semampu mana dia boleh bertahan kan.. lama -lama jatuh jugak.ni pagi tadi dah ada berita mengatakan waksegan dah amik takhta crown toyota hehehehe... munkin sebab quality yang dihasilkan oleh kereta jerman ni kot..tapi aku rasa byk gak kete vw ni kat jalan raya ...cantik lak tu... terutama GTI..hehehe mungkin satu hari nnt aku akan memilikinya hehehehe insyAllah...

Saturday, November 7, 2009

Inspection for vehical over 15 years

Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan ditarik balik

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Kerajaan telah bersetuju supaya pengenalan Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan ditarik balik setelah mengambil kira pandangan rakyat dan selaras dengan konsep rakyat didahulukan.
Sejak langkah itu diumumkan, kerajaan telah menerima banyak aduan dari orang ramai yang rata-rata tidak bersetuju dengan langkah pemeriksaan mandatori tahunan ini, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
MITI, pada 28 Oktober, telah mengumumkan Dasar Automotif Nasional (NAP) termasuk Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan yang memperkenalkan pemeriksaan mandatori tahunan sebagai keperluan pembaharuan cukai jalan untuk kenderaan berusia 15 tahun dan ke atas. - Bernama

Ni apa kes ni  dah umum tarik balik hehehe... mcm mana laa korang ni buat keputusan ni,, pegi siku sikit kepala sapa yang bagi idea mcm ni... korang ingat ni mcm kat singpore ke atau uk atau us atau japan.. after 5 year kete korang kena written off heheeheh mcm ni laaa benda alah ni boleh settle kalau korang dpt fikir sewajarnya... cuba laa korang tgk berapa ramai orang kat malaysia ni kerja gaji bawah seribu... ramai tau tak.???? so korang ingat dia orang ni mampu ke nak pakai kete..sedang kat kancil tu pun letih nak bayar tiap tiap bulan.. apa daaa..so bila dah tarik balik ni.. pakcik mak cik diluar sana buat laa pulut kuning sikit hahahahahaha

Hujung minggu.

Wahhh hari ni best sgt..aktivit aku dipenuhi dgn jayanya... lepak bersama family tercinta.. pegi window shopping ngan wife dan anak aku dan jugak akak2 aku... bestnya dah lama aku tak rasa mcm ni... alah saje2 jek gi jalan dari tak buat apa kan...pegi jusco Au2..not bad laa kat situ pasal dekat dgn rumah mak aku dan rumah aku.... tu yang aku sayang nak pindah jauh dari sini.... kalau nak beli rumah pun aku cuba usahakan untuk dpt kan area2 berdekatan sini jugak.. kalau dpt laa coz sini kawan boleh tahan hot nyaaa...so property kat sini boleh tahan mahalnya jugak..even flat low cost pun yang 2 bilik aje pun nak cecak Rm100k.... wow.. kalau dpt wat sewa masyukkkk ooooooo... at least 4 ratus free2 jek dlm tangan kan.. wat cantik2  sikit dan sewa kan kat orang hehehheh... peh tu blah malamnya aku g shah alam plak wife aku ajak gi tgk adik dia kat sana...gi laa makan western food,,not bad laa makanan kat situ hmm lupa plak kat area shah alam tapi aku tak ingat seksyen bape....sambil tgk bola... anak aku lak leh tido lena plak tu huhuhu senang laa sikit nak makan..kalau tak dia pun tumpang sekali laaaaa ..... sekali sekala melepak bersama family best gak....

Thursday, November 5, 2009

Buat cover e-book

Dah lama dah email ni tersimpan dlm inbox aku, so aku pun malas laa nak layan sgt pasal byk keje lain lagi yang terpaksa aku buat.. pagi tadi aku just bukak.. hmmm mcm menarik bila dengar cara -cara nak buat e-book sendiri.. jgn tak percaya ada orang buat business buat cover e-book menerima tempahan boleh jadi kaya jugak.. tapi aku tak laa mcm tu pasal aku ni tak laaa kretif sgt.... so aku pun donlod laaa link yang diberi.. ops sebelum tu yg bagi kat aku ni salah sorang usahawan internet .. nama dia jamal.. bukan jamal pak tongkol.. dia ni yang publish kan cara interview di sektor kerajaan... so sapa -sapa yang nak interview di kerajaan sila laa beli e-book beliau.. insyAllah kalau ada rezeki dpt kan... mcm aku ni tak dpt2 sampai sekarang letih dah nak mengisi borang.. dah laa borang dia mcm sial jek..huhuhuhu byk yg nak kena fill in...huhuhuh.. ok laa di bawah ni contoh e-book cover yang aku dah hasilkan..senang jek siottttt. nak buat




haa inilah dia hasil ebook cover yang aku buat..perhhhh drift siotttt mcm terrer hahahahahah

Wednesday, November 4, 2009

Rumah low cost.. dlm KL

Rumah low cost dlm KL...kalau buat sewa berapa yek?? haaa itu laa ada yang anggap mesti murah kan... heheheh jgn salah sangka. kadang - kadang kita boleh buat duit tau dgn menyewa kan lowcost flat kita tu kat orang senang- senang boleh dapat Rm- ratus-ratus sebulan.. dah tolak duit loan tau hehehe hahahaahah... ini lah yang saya dpt ilmu ni dlm blog kawan abg ipar saya.. so nak jadi kan cerita saya pun dgn wife dan anak tinggal kat rumah mcm tu.. mmg ada impian kami untuk tinggal rumah landed yang selesa.. tapi kami baru nak hidup.. dan tgh kumpul duit lagi.. bukan senang nak cari rumah landed yang ada dlm KL ni melainkan kalau you all ada saving yg besar untuk DPayment yang tinggi.. atau pun bergaji besar kan... so kami sekeluarga tinggal la dulu kat rumah flat ni.. lagi pun flat ni baru.. bukan 2nd hand... so kalau jadi kami membelinya nnt mengikut perancangan kerajaan nak jual dlm harga lingkungan 30-45k... so dah siap beli nnt aku ngan wife aku nak pasang kabinet dan juga floor depot.. biar nampak mcm rumah kondo sket hehehehe.. lepas tu lengkap kan furnish sikit...dah kami plan untuk tinggal kat situ dlm 5 tahun... selepas membelinya.. so kalau dah dpt rumah lain nnt rumah tu boleh laa aku sewa kan kat orang.. kita boleh letak dlm Rm 600 - 800 pasal fully furnish... cari laa anak - anak dara ke atau yang dah kawin.. tapi yang dah kawin ni elok cari melayu yang ok laa takut nnt jahanam rumah heheheh... senang kan nak buat duit kan... so aku plan jugak utk beli flat - flat cost yang rendah untuk aku buat sewaan... senang beb... senang untuk kita dan keluarga kita... kita ni tak laaa pandai sgt .. belajar dari pengalaman dan membaca... dari situ kita buat kajian sikit kan.. ok laa malas laa nak tulih panjang2 ok bye