Bila terbaca blog orang menceritakan zaman mereka dulu2, tergerak plak hati aku untuk menceritakan life aku zaman tadika hinggalah ke zaman sekolah menengah. aku tadika kat tadik kemas jek maklum lah bukan orang brand2 ni yang nak hantar ke tadika yang berbayar ratusan ringgit. tapi bagi aku ada lah sama aje pasal jadi orang jugak aku. gurubesar tadika tu aku panggil ibu, masa tu dia dah tua sgt dah.. tapi baik sgt dia pada kita orang, ada sediakan makanan tengah hari lagi. dgn dia lah menjadi permulaan aku mengenal huruf A B C.
1 2 dan 3. Tapi ibu tu dah arwah sekarang. tapi masa aku sekolah kat situ aku dihantar oleh bapak aku. sib baik lah bapak aku dah pencen dah masa tu ada lah masa menghantar aku ke sekolah dan fetch aku dari sekolah, kadang2 gatal kaki nak balik sendiri, bapak aku la terkial - kial mencari aku mana jalan aku ikut hehehe. sian abah. lepas pada tu aku dimasukkan sekolah rendah jalan gurney 1, ini lah permulaan aku bersekolah secara rasminya. perghh awek ramai masa tu beb. rasa mcm gatal jek nak ngorat ehheeh itu citer sekarang lah kalau masa tu mana korang tau nak ngorat2 nieh. hati duk pikir tv, katun dan toys. opss lupa lak video game. aku ni sebenarnya datang dari family yang susah jugak. tapi alhamdulliah lah abah mak dan akak2 yang lain sama2 membantu, syukur lah family kita orang semua nya senang sekarang, tapi bukan senang jadi kaya raya, tapi lepas lah nak makan apa jek yang kita orang nak heheheh. bersekolah menengah plak kat sri ampang, terkenal dgn sekolah budak jahat. tapi masa aku masuk jahat lagi sekolah yang lain. tapi sekolah aku ni top gak pasal awie dan ada player KL sekolah kat sini dulu. kalau bab sukan ni mmg laa kita orang boleh blah, tapi kan kalau setakan akademi tu payah la sikit pasal kita orang ni mmg paling gemar bergaduh ngan sekolah bila time lawan sukan hehehe, peh tu gi meraba budak sekolah sebelah.. haa tu laa budak budak sekolah aku punyer aktiviti. kadang kadang kalau ingat balik zaman dulu mmg best dan seronok. pegi tuisyen ngan member naik bas. buat kerja sekolah ramai ramai.. yang paling syok belajar isap rokok reramai heheheh... tapi la ni aku dah berhenti dah.. tak ada gunanya korang isap rokok.. nnt umur dah tua korang tau laa apa penyakit yang sampai dlm badan korang..ish ish ish. buang duit lagi. baik duit tu ko kumpul beli kereta sport. leh racing leh angkut awek ke... suka hati korang laa nak buat apa. apa apa pun aku nak stop jap. jap lagi nak gi makan... kalau ada masa aku updates lagi blog aku ni.. aku pun tak reti nak tulis apa sebenarnya..,. pasal aku bukannya seorang yang kreatif tapi apa apa hal aku akan updates lagi ek
bye

0 comments:
Post a Comment