Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, January 26, 2010

Teringat zaman dulu-dulu

Bila terbaca blog orang menceritakan zaman mereka dulu2, tergerak plak hati aku untuk menceritakan life aku zaman tadika hinggalah ke zaman sekolah menengah. aku tadika kat tadik kemas jek maklum lah bukan orang brand2 ni yang nak hantar ke tadika yang berbayar ratusan ringgit. tapi bagi aku ada lah sama aje pasal jadi orang jugak aku. gurubesar tadika tu aku panggil ibu, masa tu dia dah tua sgt dah.. tapi baik sgt dia pada kita orang, ada sediakan makanan tengah hari lagi. dgn dia lah menjadi permulaan aku mengenal huruf A B C.
1 2 dan 3. Tapi ibu tu dah arwah sekarang. tapi masa aku sekolah kat situ aku dihantar oleh bapak aku. sib baik lah bapak aku dah pencen dah masa tu ada lah masa menghantar aku ke sekolah dan fetch aku dari sekolah, kadang2 gatal kaki nak balik sendiri, bapak aku la terkial - kial mencari aku mana jalan aku ikut hehehe. sian abah. lepas pada tu aku dimasukkan sekolah rendah jalan gurney 1, ini lah permulaan aku bersekolah secara rasminya. perghh awek ramai masa tu beb. rasa mcm gatal jek nak ngorat ehheeh itu citer sekarang lah kalau masa tu mana korang tau nak ngorat2 nieh. hati duk pikir tv, katun dan toys. opss lupa lak video game. aku ni sebenarnya datang dari family yang susah jugak. tapi alhamdulliah lah abah mak dan akak2 yang lain sama2 membantu, syukur lah family kita orang semua nya senang sekarang, tapi bukan senang jadi kaya raya, tapi lepas lah nak makan apa jek yang kita orang nak heheheh. bersekolah menengah plak kat sri ampang, terkenal dgn sekolah budak jahat. tapi masa aku masuk jahat lagi sekolah yang lain. tapi sekolah aku ni top gak pasal awie dan ada player KL sekolah kat sini dulu. kalau bab sukan ni mmg laa kita orang boleh blah, tapi kan kalau setakan akademi tu payah la sikit pasal kita orang ni mmg paling gemar bergaduh ngan sekolah bila time lawan sukan hehehe, peh tu gi meraba budak sekolah sebelah.. haa tu laa budak budak sekolah aku punyer aktiviti. kadang kadang kalau ingat balik zaman dulu mmg best dan seronok. pegi tuisyen ngan member naik bas. buat kerja sekolah ramai ramai.. yang paling syok belajar isap rokok reramai heheheh... tapi la ni aku dah berhenti dah.. tak ada gunanya korang isap rokok.. nnt umur dah tua korang tau laa apa penyakit yang sampai dlm badan korang..ish ish ish. buang duit lagi. baik duit tu ko kumpul beli kereta sport. leh racing leh angkut awek ke... suka hati korang laa nak buat apa. apa apa pun aku nak stop jap. jap lagi nak gi makan... kalau ada masa aku updates lagi blog aku ni.. aku pun tak reti nak tulis apa sebenarnya..,. pasal aku bukannya seorang yang kreatif tapi apa apa hal aku akan updates lagi ek
bye

Semalam Pegi Buat Overdraft

Fuhh semalam hari yang memenatkan aku, wife aku dan anak aku. Sampai demam la anak aku. Pagi bawak pegi klinik untuk cucuk 1 tahun lepas tu balik umah mak aku jap makan nasi lemak, kendian aku pegi CIMB bank buat overdraft against ASB. Untuk masa depan la katakan heheheh. tapi aku yakin dgn pelaburan ini, cuma yang paling penting jangan lupa diri. Ingat pada Allah dan keluarga. Cuma apa yang aku nak share kat sini ialah, bagi sapa yang tak reti lagi nak buat OD lahh yek.. mula mula korang pegi la convert dari buku ke sijil akaun ASB korang tu ASW pun boleh dan juga rumah korang yang dah abis bayar pun boleh tapi yang tu term dia lain sikit kena tanya bank and then aku tak ada experiance dlm property perhaps soon aku dpt belajar pasal ini plak. n then once dah convert bawak sijil korang tu pegi CIMB, since BLR dia rendah iaitu minus 1.65 bersamaan dengan 5.55 - 1.65 = 3.9 so boleh dikatakan murah lah. dan jangan lupa pulak korang kena bukak akaun CIMB dan apply card ATM dan cheque book ckp dgn officer tu, kalau officer yang ada pengalaman dia tahu seme2 ni, ada pernah wife aku pergi kat satu cawangan CIMB, hampeh.. dah laa dia kata interest yang kena byar mahal dari yang sepatutnya dia kira, peh tu mcm tak reti jek nak buat kerja tapi tgk muka mcm dah senior.
dan kendia korang kena bukak akaun lagi satu untuk current akaun tau bukan saving akaun, bayar RM50, charge lain seperti berikut

1. stamp RM 10
2. Proses ASB Rm100
3. Proses CIMB Rm100

Total RM 260.

ni kalau tak silap la tapi yang aku tahu semua sekali kena lebih kurang RM 260 - RM 50 ( masuk dlm akaun bank yang korang buat tadi tu)

sekian terima kasih nnt aku citer lagi bila dah sain offerlatter.

Sunday, January 24, 2010

Moto buat pergi kerja


Ini gambar moto aku amik dari mudah. Rasanya ini pilihan aku untuk buat moto pergi kerja kot pasal maklum la sekarang jemm bukan main giler lagi. Adui pening aku dibuatnya, Wife aku pun dah bising2 suruh pakai moto. cepat sikit amik anak aku dan sampai rumah.. hehehehe. Ini moto buat pergi kerja.. moto buat bergaya mesti la moto yang ada aku post sebelum ini heheheheh

Gambar lama ..






 
 
 
 
 

Tuesday, January 5, 2010

Apa plan 2010 ni ??

Adui hai pening kepala aku memikirkan plan 2010 ni.. Aku nak kan bebas kewangan dari segala aspek..dan kalau boleh satu hari nnt aku tak mau keje kat opis aku ni lagi. aku nak jadi mcm geng2 abg ipar aku yang main dgn property jek. dan dari pandangan jauh aku la, mmg ia ada prospek yang amat tinggi untuk korang menjadi kaya. sekarang ni aku tgh managed untuk beli rumah yang aku ni. kerajaan dah offer beli jek la, lagi pun aku nak jadi kan ini stepping stone aku untuk cuba join business rumah sewa. 

Kadang-kadang terpikir jugak bila orang lain boleh senang tanpa kerja keras, aku pun nak gak jadi mcm dia orang hehehe... duduk umah goyang kaki lepas tu duit masuk jek.. mmg tak mustahil tau. tapi itu lah perancangan kena ada, mesti diteliti dulu lepas tu baru bertindak.

Sunday, January 3, 2010

Moto Idaman

Kawasaki GTR 1400.


My Dream Bike..

Moto Idaman


Vroom... Best betul kan kalau ada moto besar boleh pegi mana - mana aje tanpa bayar toll yang mahal

Selamat bersekolah kepada anak-anak buah ku dan adik ipar ku.

Hi,


Hari ni sekolah dah bermula. Musim baru di tahun baru 2010. Alhamdulliah semoga sihat walafiat hendaknya kepada seluruh keluarga ku terutama Ibu Bapaku. Semalam abah terlentang dlm bilik air, seriau aku dibuatnya. bukannya apa pasal abah tu dah berumur tapi nampak mcm sihat lagi tapi kaki nya ada masalah sikit tapi tu lah aku sentiasa doakan dia sihat sentiasa Amin. Teringat zaman aku sekolah dulu, pagi - pagi abah lah yang hantarkan ke sekolah tengah hari dia amik aku plak.. kadang - kadang aku jalan kaki jek
balik.. tapi tengok keadaan la, kalau sekolah rendah dulu dia amik aku pergi dan balik. tapi bila sekolah menegah plak, di hantar aku dah balik aku jalan kaki..Nasib baik abah masa tu dah pencen polis. kalau tak kena la usaha sendiri, kadang- kadang dipikirkan susah jugak kan nak jadi bapak ni iyalah.. kita hantar anak kesekolah tu supaya dia sampai ke sekolah dgn selamatnya.. tak mau laa diserong ke atau dia tak selamat dlm perjalanannya..so besar jasa abah dan mak terhadap aku... sampai jek rumah lauk dah disediakan... tgk bila aku ni dah jadi bapa baru aku sedar bahawa bukan senang nak jadi bapa yang mampu menyediakan segalanya utk keperluan anak kita... start dari baby jek sudah kita tahu bahawa segala perancangan masa

depannya kita kena aturkan sebaik mungkin.... mungkin bapa kita dah aturkan kita mcm ni.. tapi untuk anak kita kita sepatutnya aturkan lagi baik dari pada apa yang kita dpt... dan jangan lupa doakan kepada ibu bapa kita agar mereka selamat dunia dan akhirat... bagi aku pengorbanan ibu bapa aku amat la besar, walaupun aku tak laahh dpt menjadi doktor, mejistret atau pun lawyer tapi sekurang - kurangnya aku sentiasa mengingati mak dan abah walau mcm mana sekalipun...so kepada sesiapa yang masih ada ibu bapa mcm aku ni start la dari sekarang sentiasa laa menghormati ibu bapa kita yang sentiasa berpenat lelah dlm menjaga kita dari kecik hingga la kedewasa kadang - kadang tu dah besar pun mereka ni masih lagi menjaga cucu2 mereka.. nampak betapa besarnya pengorbanan mereka ini....so ingat lg sekali masa aku start sekolah dulu2 .. jumpe balik kawan2 yang sebulan dah tak jumpe.. yg paling best comparekan baju baru yang kita beli dan kasut yang kita beli dan juga mcm mcm lagi laa.. tapi yang tak bestnya hari pertama sekolah dah ada yang kena denda laa dan juga dah start class terutamanya budak spm dan pmr dan bagi sapa yang ditingkatan 4 heheh mmg laa berbulan madu tapi jaga jaga tahun depan jek masa ni kejap sgt. ok laa pag pagi aku dah berceloteh... nnt kita borak lagi kay bye