Sunday, August 29, 2010
Pembelian rumah PPR MTEN Part 2
SNP sudah dikeluarkan, last week aku pergi pejabat laywer aku kat PNB Darby Park untuk collect aku nyer SNP untuk rumah PPR aku. Hmm maybe this week aku nak panjat mana-mana bank untuk try mintak loan selepas BSN yang senyap membisu. Harap-harap dpt la loan tersebut.
Thursday, August 26, 2010
Pembelian rumah PPR MTEN Part 1
Aku tinggal disebuah rumah yang diberi oleh kerajaan diatas tindakan mengusir kita orang di satu kawasan yang dikatakan sebagai setinggan, sedangkan kalau dilihat kawasan tersebut bukanlah nampak macam setinggan, permohonan pemilikan tanah seringkali di hantar dan dirujuk dengan Jabatan tanah wilayah persekutuan. borang yang dihantar dari mula family aku duduk sehinggalah dihujungnya kita orang meninggalkan tapak rumah kitaorang, dari bapak aku sihat dan gagah perkasa sehinggalah dia sudah tidak larat lagi untuk berurusan dengan jabatan kerajaan yang penuh dengan karenah birokrasi. tak perlu cakap pegawai atasan, kerani yang duduk dikawasan kaunter pun bila ditanya, jawapannya kadang-kadang menyakitkan hati. baru kerani cabuk. bapak aku sudah naik jelak bila bertemu dengan orang-orang macam ini. tapi sebagai orang islam, kesabaran itu penting supaya kesihatannya lebih terjaga, ialah andai kata dia melawan balik tak ke kena darah tinggi..apa - apa pun layankan ajeeee. So nak dijadikan cerita aku dan family aku pun ditawarkan berpindah dikawasan perumahan rakyat. pada mula surat tawaran ditawarkan bapak aku dpt tingkat 8. perghhh bongok ke apa DBKL nie.. ko tahu kan bapak aku tu dah berumur, ko tak baca betul-betul ke IC bapak aku tu, tu la bila orang suruh belajar pandai-pandai korang serong sekolah, last - last jadi kerani cabuk tu pun mujur laa goment amik ko berkerja, kalau tak keje kat fast food lah korang, padahal kat luar tu ada orang lagi bagus dari korang, tu pun korang nak berlagak nak mampus, lepas pada tu bapak aku pun pergi memohon untuk mendapatkan tingkat yang lebih rendah memandangkan usia dan faktor kesihatan, dan jumpe la dia dengan seorang pegawai DBKL ni, perghh dia punye sombong mcm setahun tak dapat belaian dari isteri lah, bercakap kurang sopan dengan bapak aku fuhhhhhh!! rasa macam nak tempeleng jek orang macam ni, tapi macam mana pun terima kasih lah kerana memberi kita orang ni kat tingkat satu walaupun ucapan terima kasih kita orang ni tak ikhlas, tapi walaubagaimanapun bapak aku tetap cool, baginya nak buat macam mana inilah asam garam bila berhadapan dengar pegawai kerajaan yang kerja tak seberapa tapi dia punye eksen macam seorang firaun yang kejam dengan muka yang bengis. Tapi aku serius, kalau aku ada masa tu aku lawan balik, biar semua orang tahu kat situ dan semua orang nampak lah boss dia tu macam lahabau. Ok habis cerita ini, mulalah proses memindahkan barang - barang kami ke rumah baru..akan bersambung ke bahagian 2..
Subscribe to:
Posts (Atom)
